Sejarah Buletin FM

Asalnya, Kool FM menyasarkan pendengar golongan Generasi X,[2] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80an dan 90an.[3]

Pada 6 Januari 2020, Kool FM telah menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), dengan slogan terbaru Suara Semasa yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[4]

Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9, pada setiap hari jam 3:30 - 4:30 pagi.

Pada 2 Ogos 2021, Kool FM menukarkan nama kepada Buletin FM dan menjadikan sebagai radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu.